Rabu, 08 April 2009

NIK NUR MADIHAH ICON SAYA

TAHNIAH juga buat kedua ibu bapanya yang telah mendidik dan memberi sokongan kepada permata yang gemilang ini dan juga menyediakan apa yang termampu kepadanya.

TAHNIAH kepada guru-gurunya kerana membimbing dan mendorong Nur Madihah sehingga cemerlang dan gemilang.

Semoga Allah mempermudahkan hidupnya sekeluarga. Amin.

Saya sangat berbangga dengan anak orang Islam dan Melayu ini kerana mendapat 20A dalam SPM pada tahun lepas. Seorang anak nelayan boleh melakukannya dengan begitu baik dan cemerlang sekali di peringkat kebangsaan. Tahniah lagi sekali kepada semua yang mendorong Madhihah…

Semoga dengan kejayaan Madihah ini memberi suntikan semangat dan juga sbg satu contoh motivasi bagi diri kita utk terus mara ke hadapan… InsyaAllah.

Ingatlah, bahawasanya kedua ibu bapa kita akan melakukan yang terbaik buat kita, dan mereka sedaya upaya akan menyediakan apa yang termampu bagi mereka utk kita demi melihat kita semua gembira dan cemerlang di masa hadapan.

Kasih ibu bapa dan jasa mereka berdua tidak akan sesekali dapat kita balasi walaupun kita memberi mereka emas setinggi bukit, berlian setinggi gunung.

Oleh itu, bersyukurlah kepada Allah, dan berterima kasihlah kepada kedua ibu bapa kita.

Marilah kita mendoakan agar kejayaan Madihah serta belia & beliawanis lepasan SPM/STAM/STPM yang lainnya menjadi aset kepada Ummah, memberi sumbangan pada kebangkitan Islam dan ummatnya pada masa hadapan. Insya Allah… Amin…

INILAH RUMAH NIK NUR MADIHAH DAN IBU BAPANYA


Kejayaan Nur Madihah adalah kejayaan pelajar Melayu wanita yang beragama Islam yang semestinya menjadi Icon kepada semua pelajar Islam di Malaysia.

Kejayaan beliau menjadi inspirasi kepada saya untuk berjaya, walaupun dengan keadaan daif dan suasana rumah yang kecil usang, Nur Madihah berjaya mendapat 20A dalam SPM yang lepas. Apakah rahsia kejayaan beliau?

Bagi saya kejayaan beliau ialah usaha beliau yang tidak kenal erti penat dan terus berusaha serta berkat doa ibubapa dan doa beliau sendiri. Selain pelajaran sekolah beliau ini gemar membaca quran. Di sekolah beliau banyak bertanya dengan guru-guru dan rajin berusaha dan tekun belajar.

Nur Madihah I Love U

0 komentar:


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Archithings. Powered by Blogger