Rabu, 01 April 2009

Mencari Perkerjaan Bermula Dari Sekolah


Semasa kita belajar, kita perlu ada Matlamat yang jelas, kemana hendak kita corakkan masa depan kita.

Tanpa ada matlamat atau cita-cita tak kemana hidup kita.

Nak kerja apa aku ini....? Soalan yang perlu di tanya oleh semua pelajar. Di Malaysia atau di mana negara pun ilmu dan sijil pendidikan amat penting. Bermula dari sekolah kita mencari haluan kehidupan. Belajar tanpa haluan adalah umpama sampan tanpa pendayung dan kemudi, mudah dan mengikut arus sungai, tanpa menuju kedistinasi yang ditujui.

Oleh itu tetapkan Matlamat anda sekarang. Apa cita-cita kamu. Jika nak ingin jadi peguam, apakah keperluan seorang peguam, institusi mana ada kursus ini, apakah kelayakan minima seorang peguam, apakah kerja seorang peguam dan bagaimana aku nak capai cita-cita menjadi seorang peguam.

Kita kena lihat apa subjek di sekolah yang perlu kita belajar, kemudian universiti mana nak pergi, SPM berapa A, dan sebagainya.

Di sekolah kita bebas bercita-cita dan semasa belajar kita tidak semestinya bercita-cita hanya satu bidang sahaja. Luaskan minda kita kepada perbagai bidang agar memenuhi perbagai keperluan tenaga kerja negara.


Oleh itu apakah matlamat anda atau cita-cita anda.

0 komentar:


Free Blogger Templates by Isnaini Dot Com and Archithings. Powered by Blogger